Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

another 15 october!

sebenarnya aku malas nak post mengenang2 nih. Lagi2 related dengan lovey dovey bagai kan.. like hellooooo!! please lah!... hahahahaha.. Tapi aku post gak sebab mane taw nanti dah kawen beranak pinak citer kat anak dulu mama ada ex boyfriend hensem giloooo tak percaya sila terjah blog mama... ouhhhh..itu perancangan 10 tahun akan datang! Masalahnya blog nih wujud lagi ke idok nanti ye dak... Maybe masa tu teknologi bukan setakat hujung jari je..ntah2 main sebut je dah save bagai kan.. errr.. macam agak sesat dari jalan yg benar aku nih...

15 oktober... malas nak citer panjang berjela.. haaaa... ni birthday ex-boyfie aku masa form 4-5 dulu... saja nak buat entry pasal dia kan...Sebab cinta pertama aku.. hahahaha... Tapi macam tak taw nak citer pasal apa.. Sebab masing2 dah ada life sendiri after break up. Kita break up pun bukan sebab ada masalah apa2.. tapi sebab masa tu fikir masa depan lagi panjang nak tuju & masing2 nak kejar masa depan dulu. So, jalan terbaik break up. But still kitorang kawan after break up tuh.. Sebab dah kenal lama kan.. So, bila break up pun still boleh jadi kawan even dah takde sayang2 bagai.. And we still contact each other.. Tapi entah bila tetiba dah lost contact plak... Then tahun lepas kot terjumpa balik dalam facebook... add, approve, tanya khabar bagai... & hampir..hampir..hampir..hampirrrrrrrr... couple balik.. hahahaha.. Tapi tak boleh sebab ya lah kan... Barang yang lepas jangan dikenang.. Even kau couple ngan aku sekarang tak akan sama macam dulu dah..Sebab dia sangat expect aku macam dulu that is why dia nak couple balik. Dulu aku adalah perempuan yang sangat innocent comel dan setia.. hahaha! Tapi at last dia rasa aku dah tak boleh jadi macam dulu. Ye lah kan dulu zaman budak2 lagi couple pun rasa strawberry shortcake je.. manis la tu.. Sekarang bila dah pandai fikir, dah matang, dah tau cinta tu apa, macam mana & yang penting dah pandai buat keputusan sendiri, so aku fikir rejecting him bukan lah another things to be regret.

Dan malam ini, hari ini tepat pukul 12tgh malam tadi *errr harap maklum aku taip entry ini pada jam 0122am* bila aku bukak facebook nak post happy birthday kat dia tengok2 dia dah delete aku sebagai kawan dia... At first terkejut jugekkk lah sebab bila masa dia delete aku kan.. Padan lah aku tak pernah tengok apa2 status dia sekrang.. Hahahahahahaha... Ok! itu bukan bermakna aku tak ambik tahu langsung pasal dia, tapi itu adalah di luar kesedaran minda aku.. hahaha.. Aku doakan dia cepat2 dapat jodoh yang baik. Sebab dia pernah citer kat aku yang after kitorang break up, dia ada couple ngan 2 orang girls. And malangnya, 2 2 pun nak kikis duit dia. Aku?? tak da lah sampai kikis duit dia masa couple dulu. Tak pernah kot. Setakat dia bagi coklat & birthday present adalah. Tapi bukan aku mintak hokeyyyy.. See, bezanya aku dengan mereka! hahaha..

And aku dah takda idea nak merapu apa pasal dia. Even kenangan dengan dia aku masih simpan kemas dalam kotak hati aku & tak kan padam sampai bila2 coz he is the most protective man i ever met after my dad! Tapi untuk jatuh cinta balik kat dia mungkin tak kot. don't ask me why sebab aku tak da jawapan untuk soalan itu. Tapi cukup sekadar dia tahu aku sangat menghargai kehadiran dia satu ketika dahulu dalam hidup aku. END~~

nota kaki: kenapa upload gambar tak leh?? Nak wat entry rumah terbuka tergendala sebab dah 3 hari try upload gambar macam hampeh!

Pra wedding DR. SMS!

Aku nak gakkkkk.. hahahaha.. Nak tepek gambo dr SMS punya pra wed lahh! Sungguh aku cakap gambar cantekkk giler.. Macam ala2 kayangan gitu.. macam nih nak carik laki angkasawan gak lah.. hahaha.. dapatnya nanti angsa ke awan.. haha..ouhhhh..






 yang nih macam cun gilosss.. aku suka!!=))

Yang nih pungg aku suka.. Pendek kata sume aku sukaaaaa.. yehaaaa!
 
Semoga berbahagia hendaknya angkasawan kita nih hingga ke akhir hayat beliau & dikurniakan anak2 yang comey lote macam dia & bini die.. hehe..


silent!

ok..mood aku now adalah sangat sway!

Bila hidup dah single balik nih macam2 mood yang datang. Serius aku rasa kadang2 single itu lebih indah dari couple. Sebab aku tak perlu busy nak sms ke, calling2 ke, dating ke atau fikir macam2 benda. Tapi sometimes, sunyi tu datang. sebab selama ni kalau bosan akan ada je orang yang datang teman right! Tapi now satu2 nya sandaran tempat menumpang kebosanan kesunyian adalah laptop semata2. Weekdays for sure dipenuhi kelas. Tapi confirm bila malam saat2 nak tutup mata tu..hadoiii..bayang2 kau lah yang datang mengganggu gugat ketenteraman awam aku. Tapi bila difikir2 balik SUNYI ITU INDAH! Bagi orang seperti aku yang sering merasa kekosongan lah kan. Percaya atau tidak, mamat terakhir yang aku couple with tu.. actually dengan dia pun aku rasa hidup aku macam kosong! Zero! sebab apa? sebab dia perlu menjaga hati someone yang kononnya dia tak boleh tinggalkan even dia tak CINTA! Dengan kata lain, dalam dunia yang nyata orang yang couple dengan dia adalah AKU! dan dalam dunia maya e.g status FB dia in a relationship dengan orang lain. But, dalam masa yang sama dia tak nak aku undur diri.. sebab apa? Ntah! Hanya dia yang punya jawapan. Mungkin. Mungkin aku terlalu bodoh untuk mengetahui isi tersirat di hati seorang dia.Just imagine how my life could be? Mungkin aku seorang yang sangat penyabar. Hahaha. MUNGKIN TIDAK! So, aku mengambil jalan singkat di mana aku tinggalkan dia untuk DIA! Mungkin dia anggap aku jahat tapi aku tak kisah. Sebab aku punya sebab sendiri. NTAH! aku sendiri malas untuk memikirkan benda remeh. Seremeh itu mungkin anda fikir tidak. Tapi jalan hidup seseorang kita sendiri yang tentukan kan. Ahhhh.. bahasa apa yang aku guna nih? kenapa nampak terlalu kolokial? banyak sangat kah metafora dalam entry ini? cliche! haha!

Pada dasarnya aku hanya sunyi. Sunyi dari rasa ingin disayangi. Tapi jalan terakhir adalah berserah. Kerana jodoh pertemuan itu Dia yang tentukan. So, for the time being aku rasa better untuk concentrate on my priority! yeahhh.. Semangat datang tapi sunyi tetap ada!



 Nota kaki: Kan dah cakap. Aku mood sway punya orang! haha.. ok! abaikan entry ini.=))

TouChing Bila Baca niH!..

melintas di fikiranku.. satu sms yang ku terima tak lama dahulu..

"mengapa tiada maaf darimu"

Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka... luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Mengapa cinta ini akhirnya begini...?

Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku lebih dekat kepada Nya..

Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..

Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.

.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu, aku takkan lagi menemui jawapannya.

Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.

Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat...

Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya.

Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.

Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam diam.

Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming urself, ......! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting adalah, kaulah ..... Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati.... Tp cinta aku tak bisa buat kau bahagia.

Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita.. ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah kebahagiaan yang hakiki, ...... Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.

Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan? Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. to let it be by nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu.. apapun ia, kita sampai di sini saja.


Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, ..... Syarat utama membina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.

Doa dan harapanku untuk melihat dirinya bahagia akan sentiasa mekar mewangi...

  Nota kaki: ini bukan kisah aku, cuma copy paste saja.... hehe. (so, tak taw nak bagi kredit to whom sbb dapat dalam email).. hahaha


*kredit to google..:p

saya tak ada idea nak buat title ape..

haaaaachimmmmmmm.... kikikikikikikwakakakaka

saya sedang mengalami masalah jiwa yang amat serius sekarang lantaran kebanyakan subjek untuk sem ini adalah sangat mencabar. Tetapi dalama cabaran tu saya masih mampu menhabiskan masa berjalan-jalan.. hahahaha.. sangat lah saya mempunyai masa bukan..??

Hari ini adalah hari yang sangat stress bagi saya kerana perlu menhgadiri majlis ilmu.. ahhahahaha.. ko tau hape?? sebab ada 3 ceramah aku kene dengar hari ini dan aku sangat stresss.. hahahaha.. saya telah bertukar menjadi aku.. seperti seorang gadis putih melepak seperti kapas yang baru dipetik bertukar menjadi hijau.. hijau tu maknenye incredible hulk la kan.. hahaha.. bukan la aku tak suke dengar ceramah gitu.. Tapi mata aku ni agak2 tak berapa nak setia la kan.. asyik layu je..patot ke ceramah start kol8.. habis kol 5.. tapi aku suke satu part.. makan free beb.. hahahahahahaha.. sume pun suke.. hahahaha..

Next, aku nak bercakap pasal cinta plak.. kisah cinta hidup aku memang tragis la.. ade yg aku suke tapi tak suke aku.. ade plak yang aku tak suke duk kol2 aku tetiap hari.. hadoiiii... stress mak mcm ni noks... hahaha.. aku malas nak reveal nama dia kat sini sebab mane taw die baca blog aku kan.. naye je nnt.. hati orang kene jaga beb even cm mane pun ko tak suke die kan.. Die ni aku mmg tak suke sangat sejak zaman jahiliyah lagi.. Siap aku ade nama samaran untuk die adik beradik kot.. haha.. sampai aku hasut je geng2 keras aku anti kat die.. hahaha.. name pun geng ikut je la kawan die cakap ape kan.. Aku takde sbb pun tak suke die.. Tapi aku tengok perangai die yang macam meninggi ke langit ke tujuh selalu yang buat aku tak boleh belah tu. Siap hari2 die lalu kelas aku.. aku ape lagi panggil la name samaran die kan.. hahaha.. gile jahat aku zaman2 jahiliyah ni kan.. ouhh.. itu nakal bukan jahat. Dipendekkan citer sejak 2 menjak aku study kat shah alam ni terjumpa plak facebook die. Tetibe die cakap suke aku plak.. aku bengong la kan.. Dah tu nak mengelak takleh plak.. iayoo.. gua tak boleh belah la mamat ni.. Macam nak lempang tetiap hari je.. Tak paham bahasa btol la.. gua panas ati beb.. siap ajak gua tengok wayang pekebnda tah.. hahahaha

p/s: entry ini akan bersambung.. kalau aku rajin nak kutuk die lagi.. hahaha sebab ini belog aku.. bukan belog kau..