Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Trip to PAHANG ! =))

Hello everyone ! =))

Nampak tak ke'frequency'an aku update sekarang. HAHA ! Silalah puji. Kalau bukan anda nak puji siapa lagi kan. Gimme me a big applause yahhh. Takdalah blog bersawang kan..kan..kan.. =))

Dengan ini tujuan aku meng'update' adalah sekadar untuk menunaikan janji. Kang tak tunai ada jugak yang kena panah petir kan.. HEHEHE ! Mintak dijauhkanlah perkara sebegitu kannn... Amen ! Aku sebenarnya ingat² lupa aku dah update trip ke Pahang ke belom. Kalau lah aku ter'double' update maafkanlah yeeee.. Ngeeee~~~

Well, sampai RnR mana tahh baru snap pic. Lepak² jap sambil breakfast. AKu pelik tengok dak² lain semua amek nasik. Aku bukan lah taknak tapi pasal nak jalan jaoh so, aku pun telan air liur je lah.. HAHAHA !













Dah sampai UMP ! Yeayyy ! Err, FYI UMP kan ada 2. Satu UMP Gambang satu lagi UMP Pekan. Yang kitorang g UMP Gambang. Besaaaaaar lah dia punya library. Well, aku adalah student Resource Center Mgt. So, visit library ini adalah perkara biasa bagi student macam aku. HAHA ! Tak caya cuba kau tanya budak lain.. =)) Pic malas nak upload bebanyak sebab errr perlulah aku cakap kenapa ? why..ohhh whyyy.. Sebab line lagi lambat dari siput sedut. HUK..HUK..

Nota kaki: janji dah ditunaikan *sambil angkat² kening* =))

pernahkah part 2

Hello everyone ! =)

By the time aku tulis taip entry ini, mungkin aku tengah dengar lagu upin ipin tuh.. HAHA. Fine takdak connected pun dengan title.See, aku sedang cuba menepati janji sambung entry semalam. HAHA. Ini sebab aku macam rajin sikit nak menaip dan yang paling penting sangat rajin nak mengarut. Yahhh, untuk pengetahuan anda aku merupakan tukang karut yang sangat berjaya. =))

Well, jom sambung entry mengenang zaman hingusan aku semalam. Hehehehe. Hari ini nak cakap cecite pasal main BINGO plak. Ini tetiba terlintas sebab tadi ada modul kemahiran insaniah and we were divided into a group. Boleh pulak aku dapat instructor yang super GILA hokey.. Gila here doesn't mean he is someone yang lari dari hospital bahagia ke apa. Tapi instructor yang really boleh ngam dengan student. So, 8hours LDK, 8 HOURS OK !! Sila imagine kepenatan kebosanan and errr mungkin sedikit keseronokan aku. HAHA !





Ehhh, rasanya sudah jauh hamba mengarut. Marilah kita pulang ke jalan yang benar sebelum tuan hamba semua murka. Well, berbalik kepada permainan BINGO. BINGO actually permainan yang ala² guna buku petak² tuhh.. Boleh imagine tak ? lepas tu tulis nombor sampai berapa ehh tak ingatlahh.. Main benda alah ni boleh main ramai² tapi sape dapat settle BINGO tu dulu dia lah menang. Tapi aku sure by the time sorang je cakap BINGO, yang lain mesti bengang gilaaa and cakap main tipu bagai.. HAHA ! Well, pengalaman beb. Errr, sebenarnya aku sendiri pun tak paham apa yang aku taip. So, kalau uols tak paham consider im unwell lah yahh.. HAHA ! Ehhh, tu bukan nak suruh korang doa. Tapi eehhh, tak payah lah fikir. =))


Well esok nak pergi trip ke PAHANG. Menghilangkan segala tekanan. Cecececece, padehal pergi academic visit. Ada hati nak hilangkan stress. HAHA !


nota kaki: pecah kaca pecah gelas lepas baca harap komen. HAHAH !

pernah kah ????


hello people ! 
Aku memang suka bajet ramai orang baca blog aku. HAHA. So, kau duduk diam tak payah kata apa²... HEHEHEHE !
Kenapa tah aku rasa macam nak mengarut kat sini jekk malam ni. Maklumlah kesian tengok rumah selalu bersawang kena tinggal si tuan tanah kedaung pergi outstation kan. Kata wanita berkerjaya. Selalu bajet takdak masa nak update gituuu haaa. 

Berbalik kepada topik yang ingin dibincangkan sebentar tadi.. cecececececececeeee.. HAHA !
Kau jangan cuak semacam pulak tengok title macam tak boleh belahh.. Aku saja tanya pernah tak korang mengalami apa yang aku alami dulu. Bukan lah perkara² tak baik gitu.. Tapi part of things yang kita rasa remeh je tapi actually bila ingat² balik like waahhhhh, sweetlahhh.. opssss, ni bukan lah entry secret admire, crush or falling in love for the first time yahhh.. =))

Ohhh, sebenarnya nak cecite pasal zaman kanak ² yang super manis sampai sakit gigi bila dikenang balik. Macam mana citer ni boleh timbul balik bila member aku duk carik company untuk their final project. So, member aku yang sorang lagi suggest la pergi kat color pencil LUNA tu. HAHA ! Dulu² aku rasa mean zaman² aku hingusan lah color pencil tergolong dalam golongan agak branded jugak. So, sape² yang ada benda alah ni kira macam sangat up to date, berada and boleh berlagak ngan kawan². Padehal pensel warna je pun. HAHA. 

Kalau nak dikenangkan, banyak lagi benda lain yang zaman kanak² dulu sangat bangga bila kita da orang lain pulak takdak.  Contohnya macam kasut baru yang jenama tah pape pun boleh jadi bahan kauuu.. HAHA ! Sekarang weols dah tak pandang brand ayam. Semua main converse, nike, adidas pergi sekolah uuu.. Lagi tak boleh belah aku pernah selongkar balik barang barang lama terjumpa pulak pencil case barbie pink. HAHA ! Bila sekarang dah terjumpa balik menda cam tu like ehhhh..ehhhh.. cutenyaaa.. HAHA !
 
 AKu rasa korang pun lagi banyak je good old days kan. Yelahhh, zaman tu cepat sangat terpengaruh ngan member. If member ada, kau mesti teringin jugak kan. Tipu lah if kau kata tak pernah jeles dengan barang barang member sebelah kau. HAHA.


Nota kaki: Tetiba aku rasa lost nak mengarang. So, biar aku korek balik dulu then aku sambung. Saja menambah entry terbengkalai kan. =))

buang masa part 2!

tak perlu amek masa yg alama nak sambung citer buang masa aku. Sebab now tengah free & jari jemari pun tengah rajin nak menaip.. So, meh aku merapu kat sini pasal citer buang masa bersama member2 lama.. Member2 lama here means dak2 umah lama aku.. Still close ngan dorang.. Kadang2 lepak kedai makan sesama malam2, share2 citer & Rabu lepas kitorang plan kuar sesama.. Bukan lah sume bekas dak umah aku tu aku ajak kuar.. TAK AKAN kot.. Myra & Megy jekk.. Yang lain tuh malas nak citer.. Lebih2 lagi ada yang berpatah arang dengan aku.. Siap selisih bahu boleh buat tak kenal. Tak perlu kot aku mention sapa dia sebab aku memang menjaga hati orang.. See, baik tak aku.. hahahaha

So, Rabu lepas outing ngan budak 2 orang tuh la.. Sebab si Myra dah berzikir2 kat telinga aku bila nak kua bila nak kua kan.. Then plan punya plan aku bagi lah suggestion pi Sunway Pyramid.. Even bukan my first time tapi sebab dah lama tak pi rasa macam tak confiendent plak.. hahahaha.. Tapi at last dengan kuasa bulanku, kitorang sampai gak dengan selamat! hahahaha..

 First checkpoint.. hahahaha.. mestilah tandas! Aku suka tandas kat SP nih sebab cantekkk plus bersih ada cermin besau bagai.. Tapi tak suka bab air tuh.. Ko datang sendiri sini kau tau kenapa aku tak suka.. hahaha


see, sebab ada cermin besau bagakkk aku jadi gila lensa sudah.. hahaha! macam kau tak besa kan..ehhh, aku gemok tak??


Second checkpoint! hahaha.. parkson sajokkkk.. sebab mencari baju, suar N bla3.... Tapi aku terpandang ada cermin sisi so aku tak melepaskan peluang itu.. hahahaha.. Bosan kot tunggu dorang pilih2 barang.. hahaha


Nih kat kedai jepun kot.. hahaha.. sebab banyak barang2 jepun kat dalam tuh.. Plus, ada plak kasteme jepun masuk sama ngan kitorang kan.. haha! Dan dia menjadi model tak berbayar aku..


 saja nak asah skill mengedit kan.. hahahaha.. Padahal macam apa tah aku edit.. hahaha

Ni sure lah ko tau kat kedai apa kan.. 

Ice skating! Aku tak main punggg.. Dah bape kali datang sini still tak berani nak try.. Nengok orang jatuh bedebuk sudah la kan.. Then hari tuh plak ada sorang dak pompuan jatuh n kepala dia terhantuk kat ice tuh.. Bunyik dia makk oiiiii.. aku kat tingkat 2 tuh boleh dengar kauuuu.. Nyaring kot! Sure budak tuh pening2 kan sebab pekerja kat situ pimpin dia kuar n nampak macam dia pun pening2 je jalan..


Nih bukan la last checkpoint.. hahaha.. Sebab lain2 dah malas nak tangkap.. lalalalalala


nota kaki: diam2 sudah nengok banyak gambo aku syok sendiri.. hahaha

another 15 october!

sebenarnya aku malas nak post mengenang2 nih. Lagi2 related dengan lovey dovey bagai kan.. like hellooooo!! please lah!... hahahahaha.. Tapi aku post gak sebab mane taw nanti dah kawen beranak pinak citer kat anak dulu mama ada ex boyfriend hensem giloooo tak percaya sila terjah blog mama... ouhhhh..itu perancangan 10 tahun akan datang! Masalahnya blog nih wujud lagi ke idok nanti ye dak... Maybe masa tu teknologi bukan setakat hujung jari je..ntah2 main sebut je dah save bagai kan.. errr.. macam agak sesat dari jalan yg benar aku nih...

15 oktober... malas nak citer panjang berjela.. haaaa... ni birthday ex-boyfie aku masa form 4-5 dulu... saja nak buat entry pasal dia kan...Sebab cinta pertama aku.. hahahaha... Tapi macam tak taw nak citer pasal apa.. Sebab masing2 dah ada life sendiri after break up. Kita break up pun bukan sebab ada masalah apa2.. tapi sebab masa tu fikir masa depan lagi panjang nak tuju & masing2 nak kejar masa depan dulu. So, jalan terbaik break up. But still kitorang kawan after break up tuh.. Sebab dah kenal lama kan.. So, bila break up pun still boleh jadi kawan even dah takde sayang2 bagai.. And we still contact each other.. Tapi entah bila tetiba dah lost contact plak... Then tahun lepas kot terjumpa balik dalam facebook... add, approve, tanya khabar bagai... & hampir..hampir..hampir..hampirrrrrrrr... couple balik.. hahahaha.. Tapi tak boleh sebab ya lah kan... Barang yang lepas jangan dikenang.. Even kau couple ngan aku sekarang tak akan sama macam dulu dah..Sebab dia sangat expect aku macam dulu that is why dia nak couple balik. Dulu aku adalah perempuan yang sangat innocent comel dan setia.. hahaha! Tapi at last dia rasa aku dah tak boleh jadi macam dulu. Ye lah kan dulu zaman budak2 lagi couple pun rasa strawberry shortcake je.. manis la tu.. Sekarang bila dah pandai fikir, dah matang, dah tau cinta tu apa, macam mana & yang penting dah pandai buat keputusan sendiri, so aku fikir rejecting him bukan lah another things to be regret.

Dan malam ini, hari ini tepat pukul 12tgh malam tadi *errr harap maklum aku taip entry ini pada jam 0122am* bila aku bukak facebook nak post happy birthday kat dia tengok2 dia dah delete aku sebagai kawan dia... At first terkejut jugekkk lah sebab bila masa dia delete aku kan.. Padan lah aku tak pernah tengok apa2 status dia sekrang.. Hahahahahahaha... Ok! itu bukan bermakna aku tak ambik tahu langsung pasal dia, tapi itu adalah di luar kesedaran minda aku.. hahaha.. Aku doakan dia cepat2 dapat jodoh yang baik. Sebab dia pernah citer kat aku yang after kitorang break up, dia ada couple ngan 2 orang girls. And malangnya, 2 2 pun nak kikis duit dia. Aku?? tak da lah sampai kikis duit dia masa couple dulu. Tak pernah kot. Setakat dia bagi coklat & birthday present adalah. Tapi bukan aku mintak hokeyyyy.. See, bezanya aku dengan mereka! hahaha..

And aku dah takda idea nak merapu apa pasal dia. Even kenangan dengan dia aku masih simpan kemas dalam kotak hati aku & tak kan padam sampai bila2 coz he is the most protective man i ever met after my dad! Tapi untuk jatuh cinta balik kat dia mungkin tak kot. don't ask me why sebab aku tak da jawapan untuk soalan itu. Tapi cukup sekadar dia tahu aku sangat menghargai kehadiran dia satu ketika dahulu dalam hidup aku. END~~

nota kaki: kenapa upload gambar tak leh?? Nak wat entry rumah terbuka tergendala sebab dah 3 hari try upload gambar macam hampeh!