pernahkah part 2

Hello everyone ! =)

By the time aku tulis taip entry ini, mungkin aku tengah dengar lagu upin ipin tuh.. HAHA. Fine takdak connected pun dengan title.See, aku sedang cuba menepati janji sambung entry semalam. HAHA. Ini sebab aku macam rajin sikit nak menaip dan yang paling penting sangat rajin nak mengarut. Yahhh, untuk pengetahuan anda aku merupakan tukang karut yang sangat berjaya. =))

Well, jom sambung entry mengenang zaman hingusan aku semalam. Hehehehe. Hari ini nak cakap cecite pasal main BINGO plak. Ini tetiba terlintas sebab tadi ada modul kemahiran insaniah and we were divided into a group. Boleh pulak aku dapat instructor yang super GILA hokey.. Gila here doesn't mean he is someone yang lari dari hospital bahagia ke apa. Tapi instructor yang really boleh ngam dengan student. So, 8hours LDK, 8 HOURS OK !! Sila imagine kepenatan kebosanan and errr mungkin sedikit keseronokan aku. HAHA !





Ehhh, rasanya sudah jauh hamba mengarut. Marilah kita pulang ke jalan yang benar sebelum tuan hamba semua murka. Well, berbalik kepada permainan BINGO. BINGO actually permainan yang ala² guna buku petak² tuhh.. Boleh imagine tak ? lepas tu tulis nombor sampai berapa ehh tak ingatlahh.. Main benda alah ni boleh main ramai² tapi sape dapat settle BINGO tu dulu dia lah menang. Tapi aku sure by the time sorang je cakap BINGO, yang lain mesti bengang gilaaa and cakap main tipu bagai.. HAHA ! Well, pengalaman beb. Errr, sebenarnya aku sendiri pun tak paham apa yang aku taip. So, kalau uols tak paham consider im unwell lah yahh.. HAHA ! Ehhh, tu bukan nak suruh korang doa. Tapi eehhh, tak payah lah fikir. =))


Well esok nak pergi trip ke PAHANG. Menghilangkan segala tekanan. Cecececece, padehal pergi academic visit. Ada hati nak hilangkan stress. HAHA !


nota kaki: pecah kaca pecah gelas lepas baca harap komen. HAHAH !

pernah kah ????


hello people ! 
Aku memang suka bajet ramai orang baca blog aku. HAHA. So, kau duduk diam tak payah kata apa²... HEHEHEHE !
Kenapa tah aku rasa macam nak mengarut kat sini jekk malam ni. Maklumlah kesian tengok rumah selalu bersawang kena tinggal si tuan tanah kedaung pergi outstation kan. Kata wanita berkerjaya. Selalu bajet takdak masa nak update gituuu haaa. 

Berbalik kepada topik yang ingin dibincangkan sebentar tadi.. cecececececececeeee.. HAHA !
Kau jangan cuak semacam pulak tengok title macam tak boleh belahh.. Aku saja tanya pernah tak korang mengalami apa yang aku alami dulu. Bukan lah perkara² tak baik gitu.. Tapi part of things yang kita rasa remeh je tapi actually bila ingat² balik like waahhhhh, sweetlahhh.. opssss, ni bukan lah entry secret admire, crush or falling in love for the first time yahhh.. =))

Ohhh, sebenarnya nak cecite pasal zaman kanak ² yang super manis sampai sakit gigi bila dikenang balik. Macam mana citer ni boleh timbul balik bila member aku duk carik company untuk their final project. So, member aku yang sorang lagi suggest la pergi kat color pencil LUNA tu. HAHA ! Dulu² aku rasa mean zaman² aku hingusan lah color pencil tergolong dalam golongan agak branded jugak. So, sape² yang ada benda alah ni kira macam sangat up to date, berada and boleh berlagak ngan kawan². Padehal pensel warna je pun. HAHA. 

Kalau nak dikenangkan, banyak lagi benda lain yang zaman kanak² dulu sangat bangga bila kita da orang lain pulak takdak.  Contohnya macam kasut baru yang jenama tah pape pun boleh jadi bahan kauuu.. HAHA ! Sekarang weols dah tak pandang brand ayam. Semua main converse, nike, adidas pergi sekolah uuu.. Lagi tak boleh belah aku pernah selongkar balik barang barang lama terjumpa pulak pencil case barbie pink. HAHA ! Bila sekarang dah terjumpa balik menda cam tu like ehhhh..ehhhh.. cutenyaaa.. HAHA !
 
 AKu rasa korang pun lagi banyak je good old days kan. Yelahhh, zaman tu cepat sangat terpengaruh ngan member. If member ada, kau mesti teringin jugak kan. Tipu lah if kau kata tak pernah jeles dengan barang barang member sebelah kau. HAHA.


Nota kaki: Tetiba aku rasa lost nak mengarang. So, biar aku korek balik dulu then aku sambung. Saja menambah entry terbengkalai kan. =))

sekadar menepati syarat !

Hello everyone !
It's been a long time since i didnt update anything kan.. wahhh kau ala² wanita berkerjaya gila gitu. HAHA !

Banyak benda nak cerita tapi macam biasa la aku punya syndrom malas menaip menulis malas berfikir tu memang tak dapat nak dipisahkan dah dari aku. Melekat je 24/7 dengan aku. Hadoiiii, aku pun rimas jugak tapi apakan daya aku tak punya kekuatan untuk melepaskan depa pergi. HAHA ! boleh belah la aku... 

Mana nak start ehhh... errr atau aku boleh sambung next entry.. Muahahahahahaha !
Fine, jom start dengan aktiviti² aku di kala malam bulan mengambang tak berapa nak penuh. HAHA. Kalau nak diikutkan aku takde lah busy mane pun duduk sini. Aku je yang kadang² suka buat busy. HAHA ! Then, sempat lagi nak berjalan² di waktu petang mengambil angin. So, untuk pengetahuan anda semua angin dalam badan saya adalah banyak gilaaaa.. Hehehehe !

Next crap would be what ehhh.. Ohhhh, ada lah sehari tu aku balik dari kelas kau tau aku terjumpa apa ? HUMMER woooo.. Jangan kau tanya apa itu HUMMER pada aku kerana aku bisa bunuh diri kalau di dunia yang serba serbi duit ini kau tak tahu apa itu HUMMER.  HAHA. Fine, itu gurau ok. Bukan ayat ayat cinta yang meninggi diri. HUMMER tu kereta besau gila bapak mahal sexy howwwtttt and cool gilaaaa yeahhh.. Kau tak tahu rupa bentuk body chubby gemok HUMMER tu kau boleh google sendirik sebab aku malas line macam siput sedut berlumba dengan arnab tapi bukan macam dalam kisah teladan AESOP tuh.. HAHAHA.. Cukup nafas tak ? TAK ? Banyak kan buat senama hokeyyy. HAHA

Ohhhh, sungguh jauh aku mengarut. Ni kalau mintak keje jadi tukang karut confirm dapat ni. Tak interview lagi pun dia merayu rayu nak aku jadi tukang karut ! Fine, enough lahh. HAHA.

Berbalik kepada cerita HUMMER sexy macam Kim Kardashian tadi, errrr sebenarnya aku nak cerita apa je ehh.. HAHA ! Ohhh, aku sebenarnya tak nampak lagi sapa yang drive HUMMER kuning hitam tu. Tapi sebab duk parking dalam kawasan fakulti aku sah²  la penduduk kat PUNCAK PERDANA kan.. 

Aku rasa cukup lah karutan aku untuk hari ini. Sebenarnya aku rasa entry ini macam cukup syarat untuk update. HAHAHA ! 

Nota kaki: Cerita di rumah anak yatim akan ku karut di lain entry yahhh.. sebab nak nunggu upload gambo yang boleh buat gua sesak nafas bro ! =)