monolog dalaman 1

setiap orang perlukan kawan, teman, geng...
orang2 yang kita boleh berhubung...
tapi apakah itu kawan...?
geng warung kopi...?
member seperjuangan...?
member lepak2...?
rakan2 sekolah...?
atau...
kawan2 yang bersama kita semasa kita kecil...?
tiada prejudis...
tiada perbezaan...
tiada pertandingan...
tiada persaingan...
sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata...
dan kita mulai nampak dunia bukan sekadar hitam dan putih...
Takde hal...
sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas...
tak payah keluar rumah...
tak payah bangun dari kerusi...
tenung skrin komputer...
ketak ketuk je kat keyboard...
boleh suka benda yang sama...
tak suka pun takpe..
kenal tak kenal belakang cerita...
risiko kita tanggung sendiri...
kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga...

No comments: