bukan tak mahu tapi tak boleh!

ouhhh.. title sangat tacink2 ehh.. aku suka dengan title tacink2 neh.. so, nak bace pon semangat.. hehe!
bukan aku taknak update 2 3 hari nih. tapi aku bizi masak nasik, rebus telur, basuh baju, jemur baju, lipat baju, pakai baju..haha..*tipu & sila ambik tindakan tatatertib sekarang!*

Tapi still aku jenguk gak belog korang just malas nak tinggal jejak jehh. Korang punye tabung kawen, tabung blackberry, tabung raya, tabung ayam, tabung air pon aku click sekali berkali2 taw. So, jangan tak click plak aku punya tabung blackberry rumah banglow honda city *ouhhh macam duit nuffnang kau dah banyak beribu raban kan*

Sebenaqnye.. aku demam! hukhuk.. aku rase kan demam kat umah aku jangkit lah. Adakah simptom demam jangkit sedang melanda sekarang? Ke aku je yang taw sebab duduk atas bukit keluar2 tengok SACC mall, PAS, PKNS dah jadi bangunan macam KLCC! haha.. Ini bukan sindrom-lepas-makan-ubat-batuk! Aku memang macam nih lah!

Banyak mende aku nak update  sebenarnya tapi macam malas sket banyak nak taip berfikir!

Geng2 bloggers, tag lah aku..cececececeeehhhh! hahahaha..


nota kaki: cik ngexz, guwa ada buat header utk lu. lu ushar email lu! Malas nak letak gambar sebab muka sememeh  2 3 hari ni macam orang mati laki. haha!

mode: burgermbiRa!!..Yehaaaa!!

EsOk takde kelas! yeaahhh! Free friday.. Ade sesape nak ajak tengok wayang ke? shopping ke? Haha!
--------Mode: Sangat gembira lah tatkala ini!-----------

Sebab cukup 2 hari cuti! Sabtu tak free sebab kena ganti kelas..tak hepi balik.. hukhukhuk~~~

ouhhh..aku sayang sume lecturer aku*tetibe*


Nota kaki: Bila hari Jumaat free adalah sungguh indah. Wan Hazel: Ktk ada? sikda nak? hahaha

ditimpa kehUjanan!

ouhh..sejok malam ini tapi aku gagahkan diri gak menaip entry sekadar untuk memenuhi tuntutan hati..ce..ce..ce.... siku sket meh!

oleh sebab hari ni hujan..fuhh..seb baek balek kelas tadi hujan lom turun.. kalau tak habis lah mekap aku.. haha!
Hujan turun lebat sejak petang kot. Tu yang susah sket nak g beli lauk pe sume tuh! dengan rumate aku demam gigil2..ceeehhhh..*tipu*.. okey..part rumate demam btol..part gigil2 tipOO sket! haha! Tapi oleh kerana lapar yang amat..siap dalam perut main lagu AKU SKANDAL + KUMAHU KAU TAHU versi akustik kitorang gagahkan diri melangkah ke bazaar ramadhan yang jauhnya tak berapa nak terbakar lemak! *ouhh..saya tak gemuk hokeyy..tembam sket jehh*

Masa nak pergi tuh takde lak hujan lebat bagai mencurah di ladang dan gandum.. tetibe balek tuh hujan macam diseru2 plak.. Tapi lauk macam besa lah.. sambal ikan bilis kakak chantekk..terbaekkk ohh.. setaappp gilos. Sampai aku rasa nak makan tetiap hari jehh.. haha!






nota kaki: sume gambar nampak sama ke? ohh tidak! haha.. angle yang berbeza hokeyyy! Hujan lebat di shah alam nih..haha!

...tolong ingatkan aku!

fuh..fuh..
ade habuk sket..
macam dah nak bersawang sebab aku ketandusan idea untuk menulis menaip.=))
bila aku baring nak lelap macam2 benda yang aku nak post.
Tapi bila dah bangun sume hilang. Standard lah tu kan! Haha..
Sinis bukan!
Eh.. blog ni dah macam blog puitis je.. haha! again..
Aku memang suka pada bahasa2 yang puitis tapi tak bermakna aku 'dalam hati ada taman'.. haha
Tapi sebab bahasa yang puitis itu ada makna di sebaliknya..
Ada maksud yang tersirat..
lembut didengar..putar jilat celup..oreo! haha..


Ouhh..jauh intro aku tuh.. sebab.. ye! aku ketandusan idea di tahap kritikal...
Dan jiwa masih kosong dengan momen2 indah.. Haha! ouhh sudah lah mengarut. Tidak indah didengar dibaca mereka!.. haha

Aaaaa.. aku suke ANA RAFFALI! Aku suke sebab dia main gitar! Suke sebab die sweet! Sebab aku khayal dalam petikan gitar lagu2 dia.. haha! Aku suke semua lagu2 dia. Paling aku suka TOLONG INGATKAN AKU! Dia punya lirik memang terbaekk la.. simple tapi padat! Pegilah ushar vids ANA RAFFALI sini!

see! sweet tak sweet die nih.. Berbaju kebaya kurung memetik gitar. Sebab tu aku tertarik ngan imej die nih.. ^__^


nota kaki: aku suke video tolong ingatkan aku tuh sebab ade zahiril adzim! Haha..

silent!

ok..mood aku now adalah sangat sway!

Bila hidup dah single balik nih macam2 mood yang datang. Serius aku rasa kadang2 single itu lebih indah dari couple. Sebab aku tak perlu busy nak sms ke, calling2 ke, dating ke atau fikir macam2 benda. Tapi sometimes, sunyi tu datang. sebab selama ni kalau bosan akan ada je orang yang datang teman right! Tapi now satu2 nya sandaran tempat menumpang kebosanan kesunyian adalah laptop semata2. Weekdays for sure dipenuhi kelas. Tapi confirm bila malam saat2 nak tutup mata tu..hadoiii..bayang2 kau lah yang datang mengganggu gugat ketenteraman awam aku. Tapi bila difikir2 balik SUNYI ITU INDAH! Bagi orang seperti aku yang sering merasa kekosongan lah kan. Percaya atau tidak, mamat terakhir yang aku couple with tu.. actually dengan dia pun aku rasa hidup aku macam kosong! Zero! sebab apa? sebab dia perlu menjaga hati someone yang kononnya dia tak boleh tinggalkan even dia tak CINTA! Dengan kata lain, dalam dunia yang nyata orang yang couple dengan dia adalah AKU! dan dalam dunia maya e.g status FB dia in a relationship dengan orang lain. But, dalam masa yang sama dia tak nak aku undur diri.. sebab apa? Ntah! Hanya dia yang punya jawapan. Mungkin. Mungkin aku terlalu bodoh untuk mengetahui isi tersirat di hati seorang dia.Just imagine how my life could be? Mungkin aku seorang yang sangat penyabar. Hahaha. MUNGKIN TIDAK! So, aku mengambil jalan singkat di mana aku tinggalkan dia untuk DIA! Mungkin dia anggap aku jahat tapi aku tak kisah. Sebab aku punya sebab sendiri. NTAH! aku sendiri malas untuk memikirkan benda remeh. Seremeh itu mungkin anda fikir tidak. Tapi jalan hidup seseorang kita sendiri yang tentukan kan. Ahhhh.. bahasa apa yang aku guna nih? kenapa nampak terlalu kolokial? banyak sangat kah metafora dalam entry ini? cliche! haha!

Pada dasarnya aku hanya sunyi. Sunyi dari rasa ingin disayangi. Tapi jalan terakhir adalah berserah. Kerana jodoh pertemuan itu Dia yang tentukan. So, for the time being aku rasa better untuk concentrate on my priority! yeahhh.. Semangat datang tapi sunyi tetap ada!



 Nota kaki: Kan dah cakap. Aku mood sway punya orang! haha.. ok! abaikan entry ini.=))

Dendang perantau...

sila abaikan keadaan umah sebab kami memang perantau! hahaha..

Lauk tunjuk semuanya.. haha.. Uitm kan takleh masak..Cehhh!.. hahaha

Nota kaki: Aku bukan peminat tegar pink. Tapi sebab aku nampak pink tu sangat menarik!

Kegilaan Kami!!

Aku suka update macam2! sebab blog aku! So, layan gambar  aku kegilaan kebosanan dalam kelas! haha

Ni budak mane tah present! Tertarik dgn slide dia yang superComel! *bkn nak tertarik dengan content*=))

bajet macam concentrate habis dalam kelas siap highlighted2 notes.. haha

see! aku dah cakap everyday g kelas konpom ada gambar!.. haha

Lastly, konpom la gambar tuan tanah kedaung!


nota kaki: gambar bape ketul je kan.. Tapi nak buat mcm mane? dah aku malas nak upload!.. haha

Monolog Dalaman 6

Aku ada ruang sendiri
Jangan tanya kenapa dan mengapa
Dewasa adalah aset aku
Terbang bersama aku
Jangan tuduh aku jahat sebelum kenal
Kerana korang takkan pernah tahu
Hidup ini perlukan kebebasan
Makan, minum, tidur dan bermain
Tapi yang pasti
Di hujungnya
Pasti ada sempadan...


Nota kaki: layanlah kepala aku dengan mood yang tengah terbuai2 nih!..peace!=))

hebatnya rasa kehilangan!

Sepi.
Terdiam.
Segalanya kaku.
Tetapi cukup indah.
Bagi yang mengerti erti kekosongan.
Kenapa?
Kerana rasa itu telah tiada.
Hilang.
Ditelan penantian yang tidak punya pengakhiran!
siapa kamu untuk mengakhirinya?
Aku sang penanti yang setia!
Tetapi itu dulu.
Mungkin kerana aku yang tak mengerti.
Atau kau yang tidak punya hati.
Salah aku kah?
salah kau kah?
Hanya kau dan aku yang punya jawapan!
Kau yang tidak bernama.
Dan aku yang masih menanti jawapan!



nota kaki: bila aku sunyi aku memang suka merapu. haha..=)) peace!

TouChing Bila Baca niH!..

melintas di fikiranku.. satu sms yang ku terima tak lama dahulu..

"mengapa tiada maaf darimu"

Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka... luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Mengapa cinta ini akhirnya begini...?

Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku lebih dekat kepada Nya..

Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..

Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.

.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu, aku takkan lagi menemui jawapannya.

Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.

Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat...

Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya.

Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.

Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam diam.

Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming urself, ......! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting adalah, kaulah ..... Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati.... Tp cinta aku tak bisa buat kau bahagia.

Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita.. ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah kebahagiaan yang hakiki, ...... Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.

Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan? Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. to let it be by nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu.. apapun ia, kita sampai di sini saja.


Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, ..... Syarat utama membina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.

Doa dan harapanku untuk melihat dirinya bahagia akan sentiasa mekar mewangi...

  Nota kaki: ini bukan kisah aku, cuma copy paste saja.... hehe. (so, tak taw nak bagi kredit to whom sbb dapat dalam email).. hahaha


*kredit to google..:p

Temuduga yang tak terduga..@__@

Entry ini adalah sambungan entry ini~~

Haaaaaaa..fuhhh..achiiiiimmmmm! Actually tak taw nak start mcm mane kan.. haha
Temuduga tu actually bukan pihak perodua yang temuduga aku. Tapi group aku yang kena temuduga diorang pasal diorang punya records management. Kisahnya, ade cerita di seba;ik temuduga kat perodua tuh. Plan sebenar nak pergi GIANT memandangkan surat kebenran nak buat research semua dah siap print tandatangan bagai. So, lepas kelas report tu, lapa2 kitorang gagahkan diri gak pergi GIANT. Kena pergi ASAP coz minggu depan dah pose, so sume mesti tak larat.

Sampai2 kat GIANT tuh tanya CUSTOMER SERVICE mana nak pergi. Then, pergi la naik department diorang. First tu confirm2 lah jumpa receiptionist yang muka ala2 tak taw nak senyum. Ade ke patot customer datang tanya siap busykan diri baca newspaper. Nampak sangat lah kau malas nak terima tetamu kan. Then, dia suruh call tu la ni la. Tapi tak sape pun angkat sampai last2 kitorang macam dah give up giler takde orang layan. So, dengan muka tak berapa nak malu balik je la. Dengan sopan siap say thank you kat receiptionist tuh. Agak2 macam sindir lah..hahaha..jahat tak jahat belakang citer bro!

So, dengan perasaan lapar macam pirana, kitorang menuju ke company depan GIANT iatu PERODUA..yeahhh!.. hahaha.. Dengan takde surat kite main serbu jer. Aku rasa betul la lagi senang deal dengan orang bangsa kita sendiri dari dengan bangsa lain.. INI BUKAN RACIST ok.. Just aku sebagai customer ada rasa tak puas hati dengan layanan receiptionist kat GIANT!

Dekat PERODUA tu, diorang layan kita sangat bagus. Ye lah sebab diorang hari2 deal dengan customer kan. If layanan kau tak bagus, customer lari beb! Mana nak untung. Siap2 customer representative kat situ boleh bawak gurau ngan kitorang taw. Hahaha.. So, dengan senang hati pergi lunch kat KFC sebab research dah dapat. Terima Kasih PERODUA!

myvi tu..myvi tu.. saya nak!.. haha

cik NISA yg kepenatan + kelaparan + kenervousan..

cik FARAH yg kelaparan + kebosanan + keletihan..

saya yang lapar tahap pirana rasa nak makan kereta2 kat situ.. hahaha

Lepas makan terTENGOK benda alah nih. Teringat kawan pesan beli. Tak taw betul ke tak..





Nota kaki: Gambar lunch tak sempat snap sebab sume pun makan macam pirana.. hahaha

hari yang agak hampeh! T__T

Aku tak taw kalau ade 2 3 ketul dak2 kelas aku baca blog nih. So, aku mintak mahap dolu2 lah ye.. heee~~

Pagi ni aku ada kelas BEL report writing taw. So, since last week kte punye group dah siap prepare proposal, findings dengan questionaire. Tinggal nak submit and suruh mdm. tuh approve je lagi. So, dengan indahnya bersiap pergi kelas penuh semangat lah kan. Sudah tentu. Hahaha.. mimpi ko lihat aku kelas kol8 bangun pukol7. Sure aku bangun sangat lewat! Kate fakulti jalan 5minit kan. Sempat lah aku g cuci mata tengok dak2 junior pergi kelas awal pagi kan. Pasti tentang itu! hahaha

Sampai2 kelas..lecturer masuk *perlu ke aku tulis taip nih*..

Then, group by group present kat mdm tu.. Jeng..jeng.. sampai giliran kitorang boleh kene reject sume benda yang kitorang dah buat!! #$%^&*..what the Fish lah kan..!! Minggu lepas siap approve kite punye questionaire tinggal suruh taip jeeeee.. Dan dan die reject plak..hadoiiii.. gua dah hangen semacam..
Actually kitorang punye report tajuk die hampir sama dengan dak group lain. Lepas tu mdm soh tukar lain. Dia siap bagi tajuk. Then, even hangen kitorang gigih gak siapkan dalam kelas time2 tu jugak. Dah half siap, boleh plak ada group lain lagi sekali sama tajuk. Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~ each one of us dah muke sume lain. Lepas tu carik tajuk lain.. Sib baekk die approve pas tu..


Nota kaki: actually entry nih bersambung~~ hahahaha..

suPPer~~

Semalam tengah aku syok2 dok layan main game..tetibe terasa nak makan keropok keping yang dak2 umah bawak balik dari MERSING. Lepas tu pergi la ngiyau2 ngan housemate2 aku tuh. Kebetulan lak umah aku ade tetamu datang..ceaaaaa.. tetamu lah sangat.. Padehal kalau tetamu lain datang buat bodoh je.. hahahaha.. Tetamu tuh kawan housemate aku. Datang buat assignment ke hape aku pun tak taw. Al-maklumlah dok bilik privasi kan.. hahahahahaha..




so, ini lah supper kitorang malam tadik.. keropok keping + air gedegang 7up.. hahaha.. sangat lah diet. Makan tgh malam.. Lepas tu sorang2 ngadu kenyang ngantok nak tido tak study.... hahahaha.. saya soookkkaaaa!!


Nota kaki: tak payah diet. Makan selagi boleh makan. Tapi kalau makan ingat2 lah sket.. kehkehkeh..

Lecturer baru punyeeee~~~

Kecoh la aku. Lecturer baru pun nak habaq kat sini. hahaha.. Guwa punya suka la.. Blog guwa.. Lu ape kesah.. kuikuikui.. Aku takde idea nak nulih tentang pe dah.. Kat draft tu banyak yang terbengkalai sebab mood nak menulis menaip tak datang2. Time datang tuh takde idea plak nak nulis ape. Tu yang jadik title gini tuh. Hahahaha.. Aku pon tak paham aku taip pe. Sebab dalam hotak aku pikir nape game yang aku tengah main sekarang aku tak capai level die lagik.. konpius agak banyak lah di situ sampai rasa nak baling laptop masuk dalam beg jerk.. ahahahaha..*ape aku merepek nih*

Gini ha ceritonye.. Sem nih kan aku amek subjek minor. Lepas tu dapat plak lecturer baekk punye. Alih2 baru 2 3 minggu die kena tukar plak. Kate nye die kena transfer kat jabatan lain kot. Aku pon malas nak amek kesah sangat.. woaahhh.. ahahahah.. Padehal nabes gilo sebab takut lecturer baru tak se'best' lecturer lama.

Then, masa aku gi beli kopok lekor, terjumpa plak lecturer lama tuh. Die ngan lecturer baru aku tuh la. Dia siap cakap yang kitorang suka buli lecturer. Hahahahahaha.. Tak bleh belah guwa bro. Today plak, tibe la giliran lecturer baru tuh. Maksud aku kat sini bukan die baru masuk fakulti aku. Maksud aku die baru ngajar kelas aku la. Pendek kata aku tukar lecturer lah.. hahahahaha.. mengong aku..

Tapi, die best lah. Ok je aku tengok. Lawak pon leh tahan. Siap tunjuk video pontianak tuuu. Kitorang dok depan merasa la nengok video tuh kan. Tapi tak taw nak percaya ke tak. Dia siap citer kisah2 seram fakulti aku. Video tu actually ada sorang pasukan peronda yang amek. Kak ponti siap terbang2 dalam video tuh. seram dohhh.. huhuhuhu..

nota kaki: malam2 jangan gi tandas sorang2.. hahahahaha

I-CiTy MomeNt..@____@

Entry ini adalah entry lapuk. Sudah lama nak post tapi sebab line maxis macam hampeh bila malam, niat jadi terbantu tengok citer MY FAIR LADY lak.. hahahaha.. Dah lama sangat entry nih.. Tapi saje nak post kan.. hahaha.. Buang masa weekend2 macam ni baik post something on the blog kan.. Ber pekdah sket..

Actually we'ols punya plan bukan nak g i-city pon. Tapi g sunway Lagoon. Kat sana plak xdak sape nak tangkap gambar. Masing2 syok mandi-manda kan. So, kat SL takda gmbar langsung sangat la.

Yang ado gambar kat i-city je la.. Tu pun sume lampu lip lap kat sana tak buka sangat. sebab hujan kot. Nak bergmabo pon guard kat situ asyik2 tiup wisel jerk.. menyampah aku.. Padehal bayar kot RM2 masuk sana untuk parking.. hahahaha.. Berkira giler..




Banyak lagi pix kat i-city tapi sebab hujan so, pix jadi tak berapa nak cantek kan.. Kitorang redah je hujan tuh.. Yang penting duk Selangor nih sampai i-city kan. Takdak lah orang kata aku nih katak di bawah akuarium..Tak berjalan keluar langsung. Duk mengadap buku 24/7..ouh.. very-not-me lah hokeyy.. hahaha..


nota kaki: saya gemok tak? *pengsan kalau ada orang cakap gemok*=((

Teringat zaman hingus2 an...

Entry dimulakan dengan QueensLand punya pix...


Sekarang macam berjinak2 balik dengan dunia editing. Dulu terpengaruh ngan cik NgeXz. Tapi masa tu dok guna adobe photoshop lagi. Sekarang dah maju sket. Guna photoscape. Dulu benti dunia editing ni sebab ada sorang pernah tegor la. Dia kata nice editing tapi ni tak kena, tu tak kena *guwa sensetip beb*..

Sejak tu dah malas nak edit2 pic bagai.. wahh.. gile ko aku merajuk sampai macam tu sekali kan. hahahaha. so-not-me lah kan. Padehal diri sendiri macam takde masa nak edit2. ado gambo main letak je.. Watermark pon malas nak letak.. Aku terbaca kat blog seorang blogger nih. Hati2 if nak letak piz dalam blog ke, facebook ke or lain2 social network. Sebab nanti kene curik baru fadan muke korunk.. Ye lah kan sekarang dah macam2 jadik. Ada yang superimpose kan pix la.. Pastu timbul fitnah macam2 lak kan.. Seram gak dengar mende2 camtuh kan. Blogger tuh siap orang guna pix die untuk FB lagik.. hadoiiiii2..

Ehhh.. macam jauh terpesong dari title lak entry nih kan. Takpe lah.. Aku nak nulis taip banyak lagi sebenarnya tapi macam malas. Hahahaha... Memang itulah kelebihanku. Teh lipton memang boleh.

Nota kaki: entry zaman hingus2 tuh akan menyusul jika aku rajin. =))

HaPPy BelaTed BirTHdaY NoRa ShaFiNi ^_^

Even birthday die last week punya, kitorang serumah gigih gak nak sambut. Padehal sama gak macam hari yang abang die bagi kek tuh. Tak cukup orang gak nak sambut. haha..

setaaaaaappppp aieeee.. haha.. 

aku memang suka bergambo ngan kek orang.. hahaha
Dak gemok ngan bufday girl..kihkihkih
Pokes ngan acara memotong kek je hokeyy!
Ini gambar selepas. Gambar2 ayam tak sempat nak snap atas kesilapan yang tidak dapat dielakkan. =))
Ha.. mak nak citer sket.. OTW balik tuh kat traffic light aku toleh2 sebelah tetiba nampak benda yg dibulatkan tuh. Hanjeng ke kambeng aku pon tak sure. Mati kot.. Sebab tak gerak2 aku tengok.
aku ngan dak nora.. aku lah yang paling comel.. hahahaha..lempang jom..
aku ngan die lagih.. hadoiii.. no camera plishhh!

Last2 tu besa la.. gambar syok sendiri konpom ade.. hahahaha


Whatever is it, kite memang fun guyz.. Nanti bufday aku pon nak surprise gak lah.. hahahahaha..

Kempen say No to Nasi

fuHH..

Kalau nak diikutkan aku bukan lah gemok sangat..cecececece.. Berat badan aku ideal kot. Haha.. Tapi akumemilih untuk tidak makan nasik dah... Padehal sebab badan dah naik gile ka.. Aku tak tau nape bila datang sini mesti berat badan semakin meningkat. Faktor apekah? Makanan sedap kah? BUKAN! Haha..*siap le lepas ni org kat CAFE xnak jual ngan aku dah* Huahuahuahua.. Sebab kat sini aku makan ayam je.. Ha, itulah sebabnya. Bukan sebab aku kuat makan. Nasi pun separuh je aku makan *tipu*

Tapi aku mulai bertekad..uihhh.. tekad tak tahan tu. Mulai hari ini taknak makan nasik. Hahaha.. Tekad je la.. Bukan janji taknak makan. Dan hari ini aku berjaya tak makan nasik. Hari ni je lah kan.. Esok2 tak pasti lagik.. hahahahaha..


aku tak kira.. aku nak badan slim gak macam era pajira tu ke... Fasha sandha ke.. Tapi aku suka body scha tuh.. Juz aku tak berapa nak tinggi je kan.. hahahaha.. Lepas tu baru Farid Kamil pandang aku.. Hahahahaha..





p/s: gambo tu kire gemok tak?? =((

habis sudah..

hari ini hari jumaat. Esok adalah sabtu. Ouh.. assignment adalah sangat berpukal2.. haha.. Tapi saya sedang gembira kerana sudah habis menonton citer MY FAIR LADY.

aku bukanya seorang yang sangat menggilai everythings about korea. Tapi kadang2 tengok citer korea nih layan gak beb. Tapi citer tu kena la best sket kan.. Baru layan sambil makan kpok BIKA. Perlukah Kopok BIKA tuh masuk blog aku? Ouh.. Takpe.. aku pikir sendiri lah ye sebelum kene lanyak...hikhiks..




Mesti ada orang cakap.. hekeleh aku dah lama nengok citer tu aku tak kesah pon..
Tapi aku kesah beb. Sebab aku bukan jenis yang nak duduk depan laptop tengok citer smabil makan kopok BIKA *shitt perlukah diulang*...

Tapi citer ni memang best wa cakap lu.. So, oleh yang demikin aku taknak delete.. hahaha.. Aku tak minat sangat citer korea bukan sebab ape2 pon.. Tapi sebab aku tak berapa sure die punye subtitle tub btok ke idok kan.. hahaha.. so, prefer to watch malay ovie rather than korean, japan or whatever.. Tapi English punye movie aku layan gak.. hahaha.. Sebab english kan senang nak paham..

Apa motip post ini? aku tak taw. Saja nak penuhkan aku punya entry kot.. ahahah.. so, siakhiri dengan QueensLand punya pic la.. Gile xde aku punya gambar. Tak kisah ko nak kutuk ke hape.. Blog aku, aku punya suka lah kan.. Hahahaha.. Jangan marah aaa...