aku, dia & penyapu.

hey everyone !

Hari ni macam tak boleh percaya lahh.. Kalau hosemate aku tau nih boleh gelak sampai lebam. HAHA. Aku sapu umah dow ! Haaa.. mana kau nak nampak aku sapu umah kat sini. Kat umah aku memang lah sebab ada kuasa veto yang mengarah untuk aku menyapu umah.. Kalau kat sini satu sem sekali memang kau sangat bernasib baik lah kann.. HAHA. Bukan sebab aku pemalas hokeyyy.. Tapi sebab aku tak suka debu² cinta yang boleh merosakkan sistem dalam hidung aku. oyeahhh ! HAHA.. Yahh, aku adalah salah seorang mangsa kepada EN. Resdung yang hengsem ! Sebab tu jugak lah bila aku bangun pagi aku akan ter hachummm² sana sini sampai hosemate aku cakap aku bersin macam kucing.. podaaahhhh ! Pe barang kucing derrr.. Makcek aku lagi hebaaaat kot sebab dia cakap aku bersin macam hanjenggg.. macam hareemmm lahh kan.. Banyak² menatang pehal lah pilih kucing ngan hanjeng jugak. 

Berbalik kepada cerita sapu menyapu tadi. Errr.. sebenarnya sapu menyapu tu tak termasuk dalam to-do-list aku sempena cuti ni. Tapi sebab aku rasa sebagai seorang penghuni yang bertanggungjawab aku sapu je lah.. Alaaahh.. bukan susah pon pegang sapu heret² sudaaah.. Bukan kotor sangat pon umah aku.. Rambut² yang berguguran banyak lah kan.. Ni kalau dapat tau kat hosemate mampus aku kena bahan sampai habis semester. HAHA..

nota kaki harimau: jadi anak dara jangan malas der ! 

No comments: